Thursday 20 December 2012

Open air :O

'Macam mak orang'. Masih jelas terngiang-ngiang pemilik suara tersebut. Baru 16 tahun dikatakan sebegitu rupa. Rasa tertendang dari belakang sebab suara tu datang dari belakang. Aku tahu itu untuk aku kerana hanya aku yang berada di hadapan. Ku toleh, dan hanya tersenyum hambar.

Pelbagai persoalan silih berganti dalam fikiran. Kalau orang lain kata, mungkin bercanda, tapi dari mulut si dia, aku tahu dia jujur. Memang cakap lepas -,-.

Tapi baju mak orang ni jugak lah telah menyelamatkan aku dari masalah 'tempat solat open air'. Memandangkan dah masuk hari keempat keluar dari rumah, ngak bisa lagi untuk buat solat jamak. Kebetulan ada stokin yang masih belum diguna dalam kereta, handsocks memang sentiasa ada. Oh, tempat solat open air tu hanya menyediakan sejadah dan tempat ambil wudhuk. Jenis berjalan bawak satu je telekung, tu pun sbb mama taksuka pakai telekung awam. Mama memang cerewet. Dah dia selesa begitu, biar lah.

Selesai solat, terlintas ayat yang pernah dibaca 'pakailah pakaian menutup aurat yang boleh dipakai waktu solat'. Lebih kurang gitu ah. So, i dont care nak kata mak orang ke, bapak orang ke, asal selesa dan takmenyusahkan sesiapa itu sudah memadai. Lagi satu, para gadis, sediakan lah stokin dan handsocks. Memang lah tempat solat open air ni payah nak jumpa, tapi apa salahnya sediakan handsocks dan stokin sebelum keluar rumah.

Note to you: Saya tak kecik hati pun :) 

No comments:

Post a Comment