Thursday 15 November 2012

Salam Ma'al Hijrah



Alhamdulillah kita dipanjangkan umur :)
Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya, inshaAllah.

Tadi kat twitter dok potpetpotpet pasal aurat. Taktahu lah sape mula dulu, main celah je. Taksalah memberi pandangan.kot. 
Mana ada bayi yang baru lahir dah boleh terus lari pecut. Mesti latih dari kecik untuk merangkak, berdiri, berjalan, berlari dan lelain (kalau ada). 
Ada ke lahir lahir terus diri tegak macam tiang? neyy, mustahil. Mesti akan jatuh dulu. Mesti akan diduga. Setiap dugaan membuatkan kita lebih cekal.

Sama macam tutup aurat. Adakah kita tutup aurat perfect dari mula lahir sampai sekarang, takde satu orang yang takhalal bagi kita dapat tengok aurat kita? Kalau ada, tabik bhai. 

Tutup aurat sebab desakan or sekadar trend, won't last forever. Buat kerana Allah, inshaAllah kekal.
Takut dengan manusia, manusia tu mati, kau akan balik ke perangai lama.
Takut pada Allah, Allah sentiasa ada, Allah Maha Mengetahui.

Again, buat kerana itu perintah Allah.
Kalau nak ikut mulut manusia, mesti ada yang mulut haprak. Buat baik pun nak pertikaikan, buat jahat apatah lagi.
Alah bisa tegal biasa 
Memula memang akan rasa janggal, tak selesa or else. Lelama akan terbiasa, dan rasa luar biasa bila takbuat apa yang biasa buat.

Secara jujur, aku pun belum tutup aurat sepenuhnya. Manusia melakukan kesalahan, tiada yang sempurna.

Takkan untuk new year ikut calender yang apatah nama tu je kita nak ada azam baru.

JOM PERBAIKI DIRI ;)

No comments:

Post a Comment