Tuesday 27 November 2012

7 hari mencintaiku


Taksangka aku boleh habiskan novel setebal 1048 muka surat dalam masa kurang satu minggu.
Pada mulanya bosan,rasa nak tumbuk je Mia. Lama kelamaan, sedih dan gembira di selang selikan. Menunjukkan bahagia bukan selamanya tapi bahagia pasti ada setelah di duga.

Orang kata, apa yang manusia reka taksama dengan apa yang Allah cipta. Tapi manusia mereka atas pemerhatian. Mana boleh tulis sambil lewa.

Kalau lah cikgu bm aku baca apa yang aku type ni,confirm kena marah. Asyik tergantung je.

Allah turunkan hujan sebab nak hadiahkan kita pelangi.
Allah suruh kita nangis sebab nak kita senyum

Takberminat nak ulas apa isi kandungan novel ni. Marah pulak para pembaca yang baru nak menghayati novel tu. Tak syok lah baca tapi kita dah tahu kesudahannya.

Bebel panjang panjang, lupa pulak niat sebenar

Berdasarkan novel yang saya kaji, 7 hari mencintaiku karya Siti Rosmizah, terdapat pelbagai pengajaran yang saya perolehi. *ayat bm*
Pertama, kita mestilah saling menghormati agar orang lain turut menghormati kita.
Kedua, kita patut memanfaatkan peluang yang telah dia beri supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Dah lah, takde mood nak jadi koya.

2 comments:

  1. Saya suka Mia Adriana. Keberanian dia. Dan saya sukakan kesabaran Khuzairi.

    ReplyDelete
  2. Mia pandai berkata kata, lawyer katakan. Khuzairi tu penyabar sangat.

    ReplyDelete