Tuesday, 23 October 2012

saling menghormati


Sepatutnya post pasal timeline di whiteboard, tapi takde mood. Esok je ok ;)

Bukan lah hendak mengaibkan, cuma hendak menegur agar tidak diulangi lagi. Takmanis. Kita mesti ada adab. Baru orang beradab dengan kita.
SERIOUSLY TAK AIBKAN SESIAPA! 

#Situasi 1
A: kau tahu tak, harini aku kena rotan
B: sebab apa? kesian kau
A: aku tertidur masa breakfast, habis lenjun baju aku kena air sebab tumpah. Pastu g cari baju lain, kena gosok lagi, makan masa. Taknak g sekolah tapi ada hal pulak kat sekolah. Mak aku pulak dah start enjin. Kang kena marah, padahal memang kena marah dah sebab lantai melekit. *meraban masuk reban* 
TIBA TIBA
C: weh, kau tahu tak anak sameon lompat bintang tadi. Lawak gila siot
B: BETUL KE? Aku nak tengok, asal tak ajak weh?
C: Tadi nak ajak kau, tapi kau busy pulak. Nanti tengok jom
B: Bereh. Eh A, kau cakap apa tadi?
A: *krik krik krik*

Kenapa si C mencelah? Kenapa si B melayan si C sedangkan si A mulakan perbualan?
Atleast cakap jap, atau minta maaf lepas kejadian tu. Yang si C punn, pakai otak k. Dah nampak si A cakap dengan si B, bagi salam lah bro. Even nak cepat pun. Adab tu kena ada.
Yang sedih nya, si A jugak kena diam sebab hormat si B dan si C bercakap. 
Adil kah?
Memang kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang. Tapi kalau dah hormat, tapi orang tu tak hormat balik, patut tak campak dalam gaung je?

#Situasi 2

Pada satu pagi, si N datang lewat ke sekolah. Cikgu memarahi si N. Sebelum N kena marah dengan cikgu, N cerita dekat A kenapa N datang lambat.

Cikgu: N, kamu ni dah lewat, kenapa kamu ni!
N: *tunduk malu*
A: Cikgu, tadi N ada masalah sikit.
Cikgu: Saya tanya N kenapa kamu pulak jawab?
A: tadi N dah cerita kat saya
TIBA TIBA
W: *letak barang berat kat tangan si A
A: weh, apa ni? Ni bukan aku punya
Cikgu: A, awak takde adab ke? Saya tengah bercakap dengan awak ni
A: Cikgu, saya terkejut dia letak beg tu kat saya
Cikgu: Menjawab, kurang ajar kamu ni. Dah lah saya tanya N, awak yang jawab. Ni nak kurang ajar
A: *tunduk diam*
W: *gelak sebab A kena marah*

Siapa kurang ajar sekarang? A yang mempertahankan kawan dia yang terkedu? Atau W yang tetiba datang dari mana buat onar? Kenapa A dia anggap kurang ajar? Dia hanya memberi respon kerana terkejut. Adakah memberi respon di anggap kurang ajar?
TOLONG JANGAN CAKAP SITUASI 1 dan SITUASI 2 SAMA
Memang dua dua spontan, tapi satu boleh elak, satu kebetulan.
Kenapa yang kebetulan di anggap kurang ajar? Kenapa benda boleh elak tak dipertikaikan?

Seriously, sangat tak sopan bila mencelah. Cop, sebenarnya W yang mencelah, tapi A kena. A backup N sebab N memang jenis menyerah sebelum berperang. Tak tegakkan hujah, cepat mengalah. Bukan burukkan N, sebagai kawan, A patut tolong kawan dia. 

But at last, A kena kuwaja, W gelak kegembiraan. Perangai setan.

Kalau korang kat situasi 1& 2, mesti rasa nak tumbuk C dan W tu kuat kann.

Sabek tak tajuk dengan cerita?
Ini hanya rekaan. Tiada watak utama k. Tapi A tu memang aku. Sad aite?
WEH! CERITA TAK BETUL PUN, gambaran je tu~~

No comments:

Post a Comment